Mabuk dan lawan arus, polis trafik (pemandu) ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki di bawah pengaruh alkohol pada jam 12.30 tengah malam tadi.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya menerima satu rakaman video berkaitan sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya menyongsang arus di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya bertindak atas makluman sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan menahan lelaki berusia 25 tahun.

 

"Lelaki itu yang juga anggota polis trafik di Johor Bahru Selatan ditahan di Stesen minyak Lingkaran Dalam kerana memandu secara melawan arus dan disyaki di bawah pengaruh alkohol.

 

"Hasil siasatan mendapati anggota polis ini tidak bertugas semasa kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.

 

"Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas kepada mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang melanggar undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Ayob Khan berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Terdahulu, video berdurasi satu minit 36 saat tular di media sosial melihatkan sebuah kereta Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus.

 

Kenderaan itu dipandu di lorong laju dan sederhana dengan lampu kecemasan dibuka selain turut berhenti di tengah jalan sebelum membuat pusingan U.

 

Video dari Berita Harian di bawah:

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas dua anggota…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafie…
Berita Domestik
    Difahamkan penunggang-penunggang motosikal itu bergerak secara konvoi dari beberapa buah…