Maaf, tiada jentera Evolution XI buat anda - Mitsubishi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mitsubishi mempunyai warisan sejarah kereta berprestasi tinggi yang sangat disegani, jika anda tidak melihat langsung kepada barisan 10 generasi Evolution. 

Daripada Mitsubishi 3000GT, Eclipse yang terkenal daripada Fast & Furious, sports car kotak Starion, Lancer 1600 GSR dan Galant VR4 - kebanyakannya meninggalkan kesan yang mendalam di hati dan jiwa para peminat jenama tersebut. 
 


Dan sehingga kini kesemua model tersebut tidak mempunyai sebarang pengganti - kecuali Eclipse yang dijelmakan kembali sebagai crossover - dan Mitsubishi pula tiada sebarang tanda untuk membangkitkan semula model-model ikonik itu. 

Jawapan kepada persoalan ini diberitahu ketika acara Geneva Motor Show, apabila pengarah urusan Mitsubishi UK, Rob Lindley menjelaskan rasional disebalik strategi terkini syarikat Jepun itu. 

Menurut beliau, fokus Mitsubishi kini tertumpu kepada SUV, crossover, pacuan empat roda serta teknologi bahan api alternatif. 
 


Melihatkan kepada trend pemilikan semasa, SUV merupakan segmen yang paling terbaik masa kini, dan syarikat-syarikat besar seperti Ford juga dikatakan mengambil langkah serupa di US tidak lama lagi. 

"Sebagai sebuah entiti yang menjual sebanyak 1.2 juta kenderaan seluruh dunia, ia bukanlah dikira sebagai perniagaan yang cukup besar untuk menawarkan rangkaian produk yang meluas.

"Jika kami ingin menceburkan diri semula di dalam produksi kereta berprestasi tinggi, ia akan menjadi sukar jika dilihat dari sudut ekonomi," tambah beliau.
 


Walaupun dari sudut sejarah, Mitsubishi sebenarnya kaya dengan pengalaman di dalam sukan permotoran dan mempunyai fanbase yang besar, realitinya Lindley mengakui segmen kereta berprestasi tinggi bukanlah satu segmen yang besar secara keseluruhannya.

Hal ini boleh dirujuk kepada gergasi jenama automotif itu sendiri, Toyota yang kini menjual kenderaan sembilan kali lebih banyak berbanding Mitsubishi itu sendiri, namun hanya mampu menghasilkan Supra - terima kasih kepada kerjasama bersama BMW.

Manakala jualan Honda NSX yang sarat dengan pelbagai teknologi terkini itu tidaklah begitu memberangsangkan pada ketika ini. 
 


Jadi, tumpuan Mitsubishi pada ketika ini sudah tentu kepada segmen SUV dan dibantu dengan warisan pengalaman meluas Mitsubishi di dalam segmen pacuan empat roda mengukuhkan lagi kedudukan jenama ini sebagai salah satu pilihan SUV masa kini. 

Buat mereka yang masih mengharapkan sebuah jentera Evolution XI yang akan keluar daripada barisan produksi Mitsubishi, harap maaf. 

Ia jawapan muktamad daripada Mitsubishi.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…