Maaf, Sony takkan hasilkan kereta sebenar Vision-S

oleh Mohamad Hanif|
Sony Vision-S merupakan salah satu kejutan yang diterima oleh pengunjung acara tahunan CES 2020, dan sejak kebelakangan ini Sony telah pun mula 'menguji' sendiri kereta tersebut di jalan raya sebenar.

Namun hakikat yang perlu ditelah oleh para peminatnya adalah, Sony sendiri tidak akan memproduksikan kereta Vision-S tersebut dan menjualnya kepada umum.

Sebaliknya, Sony hanya menggunakan Vision-S sebagai satu platform ujian bagi membangunkan teknologi pemanduan autonomi dan juga sistem infotainmen yang menjadi kepakaran Sony selama ini.

Wakil Sony memberitahu laman web Car and Driver, "Pada ketika ini, kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan Vision-S secara produksi massa atau menjualnya, kami hanya sekadar meneroka kemungkinan teknologi dan kepakaran Sony untuk diaplikasikan di dalam bidang pemanduan autonomi.

 


Seperti yang diberitakan sebelum ini, Vision-S mempunyai kemampuan untuk menyokong sistem pemanduan autonomi Level 2+, terima kasih kepada ciri Safety Cocoon yang terdiri 40 unit penderia, empat daripadanya merupakan penderia Lidar, serta sistem kamera 360 darjah.

Menurut Sony, sistem tersebut berkeupayaan untuk dinaiktaraf kepada sistem pemanduan autonomi Tahap Keempat menerusi kemaskini perisian.

Kepakaran Sony sudah pasti terletak pada aspek hiburan, di mana mereka hadir dengan ciri yang digelar sebagai 360 Reality Audio yang mampu 'mencipta' ruang audio tersendiri di sekeliling pendengar dengan menggunakan pembesar suara pada perehat kepala.

Sebagai makluman, Sony Vision-S dibina dengan bantuan daripada rakan Magna Steyr.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan daripada Reuters memetik kata-kata seorang eksekutif Sony, Izumi Kawanishi yang menjelaskan…
Tekno Careta
Skrin 10.1 inci LCD tanpa silau itu mempunyai resolusi 1280 X 720 dan ia sebenarnya hanya…
Berita Global
Menerusi satu video yang dimuatnaik di saluran Youtube, Sony memperlihatkan keupayaan sebenar…