'Maaf, kami tiada SUV!' - CEO Bugatti

oleh Mohamad Hanif|

Langkah memperkenalkan model SUV ke dalam barisan penjualan model berkuasa tinggi di kalangan pengeluar supercar terbukti berkesan, lihat sahaja contoh yang dilakukan oleh Porsche dan Lamborghini, dan tidak dilupakan Ferrari Purosangue yang bakal memunculkan diri. 

Namun, lain pula halnya di Bugatti apabila mereka menidakkan desas-desus yang mendakwa Bugatti bakal menghasilkan sebuah SUV bagi menyaingi jenama-jenama yang disebutkan diatas. 

Hal ini disahkan sendiri oleh CEO Bugatti, Stephan Winkelmann kepada laman TopGear, malah beliau menjanjikan sesuatu yang khas untuk dilancarkan pada tahun ini bersempena ulang tahun ke-110 Bugatti. 
 


Menurut beliau lagi, model berprestasi tinggi itu bakal memfokuskan kepada pengendalian yang lebih jitu dan serius - umpama jentera LMP1 - serta diposisikan di atas model Divo yang diperkenalkan kepada umum sebelum ini tahun lalu. 

Jika Divo itu sendiri sudah pun mengalahkan model standard Chiron melebihi catatan masa lapan saat di litar Nardo, model baharu itu dijangka mampu mencapai kelajuan yang lebih pantas berbanding Divo. 

Sebagai makluman, Bugatti Divo masih mengekalkan enjin daripada Chiron berkapasiti 8.0 liter W16 dengan konfigurasi empat unit turbo yang mampu menghasilkan 1,479 hp, transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan dan kuasa pecutan dari pegun sepantas 2.4 saat sahaja sebelum jarum menunjukkan kelajuan 100 km/j.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun Bugatti dilihat sebagai pencetus kepada idea ini dengan rekod 41.96 saat, hanya dalam masa…
Berita Global
Menurut ketua pengarah unit rekaan, Achim Anscheidt berkata, "untuk membawakan rekaan klasik kepada…
Berita Global
Sasha Selipanov, seorang graduan dari Art Centrer College of Design di Pasadena, California…