Katanya, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan subsidi diesel kepada pemilik kenderaan terbabit meningkat kepada 300 liter.
Malah, mekanisme subsidi yang dipertingkatkan itu dijangka membantu memulihkan keyakinan pengguna, khususnya bakal pembeli yang sebelum ini menangguhkan pembelian kenderaan selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.
Katanya, langkah itu juga dijangka mendorong pengguna meneruskan semula perancangan pembelian mereka, terutama dalam segmen trak pikap yang semakin popular sebagai kenderaan gaya hidup serta SUV berkuasa diesel.
"Sejak harga diesel diapungkan pada 10 Jun 2024 sehingga menyebabkan harga runcit meningkat daripada RM2.15 seliter kepada RM4.07 seliter mengikut harga pasaran, permintaan terhadap kenderaan berkuasa diesel menunjukkan penurunan ketara.
"Jualan kenderaan diesel, khususnya dalam segmen trak pikap dan SUV di Semenanjung Malaysia, merosot hampir 25 peratus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat..
Sementara itu, Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, berkata pihaknya menghargai komitmen kerajaan dalam menyokong pengguna menerusi peluasan skim subsidi diesel bersasar.
"Seiring dengan penambahbaikan program ini, kami berharap kerajaan turut mempertimbangkan pemberian tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) berkuasa diesel yang lazimnya digunakan oleh keluarga besar untuk keperluan harian.
"Memandangkan MPV berkuasa diesel hanya menyumbang kira-kira satu peratus daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV), peluasan subsidi kepada segmen ini dijangka hanya memberi impak fiskal yang minimum, namun mampu memberikan manfaat yang besar kepada keluarga yang bergantung kepada kenderaan berkenaan," katanya.
MAA juga terus menyokong usaha kerajaan melaksanakan subsidi bersasar bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, selain berharap kerjasama dengan kementerian berkaitan dapat diteruskan bagi memastikan dasar yang diperkenalkan terus memberi manfaat kepada pengguna dan industri automotif negara.