MAA: Prestasi jualan, pengeluaran kenderaan terjejas teruk bagi tempoh dua bulan setengah terakhir

oleh Mohamad Hanif|
Prestasi penjualan serta pengeluaran kenderaan bermotor untuk tempoh dua bulan setengah terakhir terjejas teruk apabila pelaksanaan PKP mengakibatkan penutupan kilang pengeluaran, pusat pengedaran dan pusat penjualan terutama di Lembah Klang semenjak 1 Jun 2021.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), untuk bulan Jun dan Julai, prestasi jualan masing-masing mencatatkan 1,921 unit dan 7,086 unit sahaja.

"Bagi memberi perspektif keseluruhan, jualan purata atau jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah sekitar 45,000 hingga 50,000 unit sebulan.

"Jumlah pengeluaran industri yang dicapai pada bulan Jun dan Julai 2021 masing-masing mencatatkan 276 unit dan 2,775 unit, sementara jumlah purata keseluruhan pegneluaran adalah di antara 40,000 dan 50,000 unit sebulan," tambah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad.

"Pada masa ini, ahli MAA mempunyai sekitar 1,300 wakil penjual kenderaan di seluruh negara. Jumlah kerugian dalam tempoh dua bulan terakhir melebihi RM14 bilion.

"Ahli kami juga mengalami kerugian dari segi pendapatan eksport kenderaan dan komponen, dan jualan alat ganti di dalam negara, di mana kerugian ini sangat besar dan belum pernah terjadi sebelumnya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Bagaimanapun bagi empat bulan pertama tahun ini, jualan adalah tinggi kepada 239,183 unit…
Informasi
  Jumlah jualan Februari bagi tahun sehingga kini lebih tinggi pada 112,128 unit berbanding 86,595…
Berita Domestik
Allahyarham adalah muka dan jurucakap bagi Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sejak tahun 2000 lagi…