MAA - Pengecualian cukai tingkatkan 7.4% jualan kenderaan untuk November

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEKTOR automotif meneruskan momentum jualan positif apabila mencatatkan peningkatan jualan 7.4 peratus atau 56,489 unit pada November.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan membantu meningkatkan jualan kenderaan penumpang sebanyak 51,174 unit, manakala kenderaan komersial pula dengan 5,315 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut MAA, di bawah rancangan pemulihan ekonomi PENJANA, pengenalan pengecualian cukai penjualan kereta penumpang untuk tempoh antara 15 Jun dan 31 Disember  meningkatkan penjualan kereta baru.

"Jualan pada November adalah 0.3 peratus lebih rendah berbanding Oktober dengan 56,670 unit tetapi 7.4 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun lalu (52,584 unit)," katanya.

MAA berkata, jualan November yang kekal melebihi 50,000 unit itu dipacu insentif pengecualian cukai jualan kereta penumpang yang diumumkan kerajaan, selain pelancaran pelbagai model baharu menjadi pemangkin jualan yang kekal positif.

Perangkaan drp MAA

"Bagi bulan dikaji, jumlah pengeluaran dicatatkan sebanyak 54,832 unit mewakili 50,894 unit kenderaan penumpang dan 3,938 unit kenderaan komersial," katanya.

Bagi bulan terakhir 2020, MAA berkata, persatuan itu menjangkakan jumlah jualan lebih tinggi berbanding November dipacu insentif pengecualian cukai jualan yang berakhir 31 Disember ini.

"Jualan Disember juga bakal dipacu promosi agresif oleh pengeluar kenderaan," katanya.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jualan bagi lapan bulan pertama tahun ini adalah tinggi kepada 501,552 unit berbanding 449,289 unit…
Berita Domestik
  "Jumlah kematian direkodkan adalah 134 kes berbanding 119 kes tahun sebelumnya, menunjukkan…
Informasi
  "Dalam tempoh yang sama, kenderaan bermotor melonjak 1,642.8 peratus atau RM15.2 bilion kepada…