MAA optimis jualan kenderaan tahun ini meningkat lapan peratus

oleh SALINA JALIL|
Pelbagai pakej rangsangan ekonomi kerajaan akan melonjakkan semula pasaran automotif tempatan dengan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) yang lebih tinggi pada 2021 berbanding tahun lalu.


Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata TIV bagi tahun ini diunjurkan sebanyak 570,000 unit, peningkatan lapan peratus atau 40,566 unit berbanding 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 513,000 unit adalah daripada kenderaan penumpang manakala 57,000 unit lagi adalah kenderaan komersial.

 

Katanya, MAA juga optimis pasaran automotif tempatan akan kembali melonjak pada tahun ini, dengan pihaknya sudah mengambil kira pelbagai faktor persekitaran dan ekonomi sebelum membuat unjuran itu.

 

"Antaranya, pemulihan ekonomi global dan dalam negara, lanjutan insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang sehingga 30 Jun ini serta kadar pinjaman sewa beli yang lebih rendah akan membantu merancakkan jualan automotif.

 

"Selain itu, pengenalan model baharu dengan spesifikasi tambahan terkini, reka bentuk menarik dan harga lebih kompetitif mampu menarik minat pembelian.

 

Gambar dari Silver Grey

 

"Malah, kempen promosi yang agreif oleh syarikat kereta untuk memacu jualan dan mengekalkan penguasan pasaran juga akan mendorong kepada peningkatan TIV," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membantangkan laporan keputusan industri automotif tempatan untuk tahun 2020 secara maya.

 

Industri automotif Malaysia mengalami kemerosotan dari segi jualan pada tahun lalu apabila merekodkan TIV sebanyak 529,434 unit.

 

Mengulas prestasi itu, Aishah berkata, jumlah itu adalah 12.4 peratus atau 74,847 unit lebih rendah berbanding 604,287 unit pada 2019.

 

Katanya, meskipun TIV mengalami penurunan sebanyak dua angka, ia pencapaian yang baik buat industri ekoran persekitaran perniagaan yang amat mencabar.

 

gambar dari Automachi

 

"TIV 2020 ini juga adalah adalah jauh lebih tinggi daripada unjuran yang dibuat MAA sendiri iaitu sebanyak 470,000 unit. Pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan berkuatkuasa dari 15 Jun 2020 merangsang permintaan dan memacu jualan pada separuh kedua tahun lalu.

 

"TIV bulanan mencecah paras tertinggi pada Disember 2020 apabila merekodkan jualan 68,836 unit.

 

"Jumlah yang tinggi ini disebabkan belian ke hadapan dibuat pengguna yang menjangkakan insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan berakhir akhir Disember 2020," katanya.

 

Mengikut segmen, kenderaan penumpang merekodkan jualan 480,965 unit manakala kenderaan komersil sebanyak 48,469 unit.

 

Jumlah pengeluaran kenderaan baharu untuk 2020 turut merosot sebanyak 86,466 unit atau 15 peratus kepada 485,186 unit berbanding 571,632 unit pada 2019.

 

Penurunan itu adalah disebabkan khususnya oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang menyebabkan industri kehilangan lebih dua bulan dari segi pengeluaran kenderaan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Berita Domestik
Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan…
Informasi
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun…