MAA lapor jualan kenderaan Januari menurun

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) semalam berkata jualan kenderaan di Malaysia untuk bulan Januari 2018 merosot sebanyak 0.2 peratus.

Jualan bulan Januari menyaksikan sebanyak 44,575 unit kenderaan terjual, lebih rendah dari 44,667 unit yang dijual dalam bulan yang sama tahun lalu.

MAA juga memberitahu jualan bulan Januari juga susut sebanyak 19 peratus atau 10,154 unit lebih rendah dari jualan bulan sebelumnya, Disember 2017. Ini mungkin kerana tawaran dan promosi yang banyak dilakukan pada bulan terakhir 2017 itu.

Namun begitu, dari segi pengeluaran tempatan, jumlah kenderaan yang dipasang pada bukan Januari 2018 ialah sebanyak 68,002 unit, bertambah dari 45,532 unit yang dipasang dalam bulan Januari tahun lalu.

MAA menjangkakan jualan bulan Februari merudum kerana jumlah hari bekerja yang lebih pendek berikutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Berita Domestik
Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan…
Informasi
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun…