MAA - Jumlah jualan kereta susut 40 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan/foto Facebook Perodua
Jumlah volum industri (TIV) Januari 2025 susut 40 peratus kepada 48,875 unit berbanding 81,735 unit pada Disember 2024, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Secara tahun ke tahun, TIV menurun 27 peratus daripada 66,923 unit yang dicatatkan pada Januari 2024.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

“Penurunan ini disebabkan tempoh bekerja yang lebih singkat (19 hari) akibat cuti Tahun Baharu Cina serta lonjakan pembelian pada Disember 2024,” menurut kenyataan MAA pada Khamis.

Pada Januari 2025, pengeluaran kenderaan merosot 26 peratus kepada 56,899 unit berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan 53,794 unit adalah kenderaan penumpang dan 3,105 unit kenderaan komersial.

Bagi Februari 2025, MAA menjangka TIV meningkat didorong pembelian menjelang Aidilfitri serta langkah akhir syarikat menjelang penutupan tahun kewangan pada 31 Mac.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Bagaimanapun, bagi asas tahun ke tahun, MAA berkata TIV turun dua peratus daripada 65,017 unit yang…
Informasi
Mei lalu, MAA menetapkan sasaran baru jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 765,000 unit,…
Informasi
MAA berkongsi bahawa 64,322 unit kenderaan penumpang (PV) telah dijual pada Oktober, penurunan…