Bagaimanapun, bagi asas tahun ke tahun, MAA berkata TIV turun dua peratus daripada 65,017 unit yang direkodkan pada Februari 2024.
Pada tempoh itu, kenderaan penumpang berjumlah 58,606 unit manakala kenderaan komersial sebanyak 2,939 unit.
Mengenai prospek industri, MAA menjangkakan TIV bagi Mac lebih tinggi daripada Februari memandangkan kebiasaannya bulan itu sering mencatatkan jualan tinggi.
"Pelanggan mahukan penghantaran kenderaan mereka sebelum cuti Hari Raya manakala syarikat mahu menghabiskan stok sebelum penutup akhir tahun kewangan pada 31 Mac 2025," katanya.