MAA - Jualan kereta merosot bagi bulan April

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan April 2023 menyusut kepada 46,583 unit berbanding 57,606 unit pada bulan sama tahun lalu, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).


MAA berkata, jualan kenderaan penumpang adalah sebanyak 41,389 unit pada April 2023 daripada 51,146 unit pada April 2022, manakala jualan kenderaan komersial turut menguncup kepada 5,194 unit daripada 6,460 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagaimanapun bagi empat bulan pertama tahun ini, jualan adalah tinggi kepada 239,183 unit berbanding 217,452 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

"Jumlah jualan kenderaan penumpang naik kepada 213,344 unit berbanding 191,738 unit pada tempoh sama 2022 dan kenderaan komersial sebanyak 25,839 unit berbanding 25,714 unit tempoh sama 2022.

"Jumlah jualan empat bulan pertama 2023 adalah 10 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun 2022.

"Jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan dikaji adalah 41 peratus lebih rendah daripada Mac 2023 iaitu pada 78,800 unit.

"Berakhirnya skim pengecualian Cukai Jualan PENJANA dan bulan bekerja lebih pendek susulan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri menyumbang kepada penurunan jualan April," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah MAA, jualan pada Mei 2023 dijangka lebih tinggi berbanding April 2023.

"Isu rantaian bekalan yang semakin baik dan bulan bekerja yang lebih panjang akan menyumbang kepada peningkatan jualan pada bulan ini," katanya.

Dari segi jumlah pengeluaran, MAA berkata, sebanyak 41,160 kenderaan dikeluarkan pada April 2023 berbanding dengan 54,734 unit pada bulan sama tahun lalu.

Pengeluaran kenderaan penumpang, katanya, menurun kepada 38,575 unit pada bulan dikaji berbanding 50,724 unit pada April tahun lalu manakala pengeluaran kenderaan komersial pada 2,585 unit daripada 4,010 unit sebelumnya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Ini disebabkan syarikat terdesak untuk penghantaran memandangkan tahun kewangan mereka berakhir…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…