MAA - Jualan kenderaan Ogos 2023 meningkat 6.12 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan Ogos 2023 meningkat 6.12 peratus kepada 71,745 unit berbanding 67,609 unit pada bulan sama tahun lalu, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA berkata, jualan kenderaan penumpang adalah sebanyak 64,633 unit pada Ogos 2023 daripada 60,725 unit pada Ogos 2022, manakala jualan kenderaan komersial turut meningkat kepada 7,112 unit daripada 6,884 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jualan bagi lapan bulan pertama tahun ini adalah tinggi kepada 501,552 unit berbanding 449,289 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

"Jumlah jualan kenderaan penumpang naik kepada 449,233 unit berbanding 399,051 unit pada tempoh sama 2022 dan kenderaan komersial sebanyak 52,319 unit berbanding 50,238 unit tempoh sama 2022.

"Jumlah jualan lapan bulan pertama 2023 adalah enam peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun 2022.

"Jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan dikaji juga adalah 13 peratus lebih tinggi daripada Julai 2023 iaitu pada 63,676 unit.

"Peningkatan jualan pada Ogos 2023 disumbang oleh isu rantaian bekalan yang lebih baik dan kempen promosi Hari Kebangsaan oleh beberapa syarikat kereta," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah MAA, jualan pada September 2023 dijangka menyamai tahap dicapai pada Ogos 2023.

Bagaimanapun situasi berbeza pada jumlah pengeluaran yang merekodkan penguncupan apabila sebanyak 67,912 kenderaan dikeluarkan pada Ogos 2023, turun dua peratus berbanding 69,378 unit pada bulan sama tahun lalu, menurut MAA.

Pengeluaran kenderaan penumpang, katanya, menurun kepada 63,242 unit pada bulan dikaji berbanding 64,282 unit pada Ogos tahun lalu manakala pengeluaran kenderaan komersial pada 4,670 unit daripada 5,096 unit sebelumnya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Ini disebabkan syarikat terdesak untuk penghantaran memandangkan tahun kewangan mereka berakhir…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…