MAA - Jualan kenderaan meningkat 63% pada Ogos

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan bahawa jualan kenderaan di Malaysia meningkat sebanyak 63 peratus kepada 66,614 unit pada bulan Ogos tahun ini berbanding 17,923 unit pada bulan yang sama pada 2021.


MAA berkata, jualan kenderaan penumpang pada bulan lalu menunjukkan jumlah peningkatan ketara kepada 59,769 unit daripada 15,475 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sementara itu, jualan kenderaan komersial meningkat kepada 6,845 unit daripada 2,448 unit.

 

Jumlah jualan meningkat sebanyak 448,209 unit daripada 274,600 unit untuk kenderaan penumpang, dan sebanyak 397,100 unit daripada 244,623 unit untuk kenderaan komersial untuk lapan bulan pertama tahun ini.

 

Jumlah industri (TIV) pada bulan dalam kajian mendapati  peratusan yang lebih tinggi iaitu  36 peratus daripada Julai 2022, iaitu 48,922 unit.  

 

Pada Ogos 2022, MAA memberi kenyataan bahawa dari segi pengeluaran, 69,378 kenderaan telah dikeluarkan berbanding 13,961 pada Ogos 2021. Pengeluaran kenderaan penumpang meningkat sebanyak 64,282 unit pada Ogos berbanding tahun lalu, manakala pengeluaran kenderaan komersial juga meningkat sebanyak 5,096 unit.

 

Menurut kenyataan MAA, volum jualan pada September 2022 dijangka akan sama seperti bulan Ogos. Permasalahan bekalan kekurangan cip dan komponen juga akan terus memberi kesan ketara kepada beberapa jenama kenderaan.

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
Menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul, Carisyou dan Kementerian Perdagangan…