MAA - Jualan kenderaan dari Januari hingga Ogos cecah 533,301 unit

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, industri automotif tempatan mencatatkan jualan sebanyak 533,301 unit bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024, enam peratus lebih tinggi berbanding 503,783 unit yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu 488,277 unit mewakili kenderaan penumpang, manakala baki 45,024 unit adalah kenderaan komersial, berbanding masing-masing 451,403 unit dan 52,380 unit yang dicatatkan dalam lapan bulan pertama 2023.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jualan kenderaan bagi Ogos 2024 bagaimanapun mencatatkan penurunan 0.8 peratus kepada 71,162 unit berbanding 71,730 unit yang dicatatkan pada Ogos.

Perbandingan bulan ke bulan, jualan Ogos 2024 menurun berbanding 72,844 unit yang dicatatkan pada Ogos 2023.

Mengikut pecahan, kenderaan penumpang dan komersial, masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 65,637 unit dan 5,525 unit pada Ogos 2024, lebih rendah berbanding 65,709 unit dan 7,135 unit yang dicatatkan pada Ogos 2023.

Jumlah pengeluaran keseluruhan pada Ogos, kenderaan penumpang 69,624 unit manakala kenderaan komersial pula sebanyak 4,342 unit.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024, sejumlah 536,313 unit kenderaan telah dihasilkan, lebih tinggi berbanding 497,309 unit yang dihasilkan pada tempoh sama tahun lalu.

Ia mewakili 506,374 unit kenderaan penumpang dan 29,939 unit kenderaan komersial.

Bacaan sepenuhnya di Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
MAA berkongsi bahawa 64,322 unit kenderaan penumpang (PV) telah dijual pada Oktober, penurunan…
Berita Domestik
Persatuan itu berkata, jualan yang dicatatkan pada Mei 2024 itu berikutan bulan bekerja lebih lama…
Berita Domestik
Katanya, kerajaan juga masih meneruskan pemberian subsidi kepada golongan B40, kenderaan komersial…