MAA: 52,119 unit kenderaan penumpang terjual pada bulan Julai

oleh SALINA JALIL|
Jualan kenderaan baharu di Malaysia pada Julai meningkat 13.2 peratus kepada 57,532 unit berbanding 50,854 yang direkodkan pada bulan sama setahun lalu.


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataannya berkata, kenderaan penumpang merangkumi hampir keseluruhan jualan bulan lalu sebanyak 52,119 unit, manakala 5,433 unit adalah daripada jualan kenderaan komersial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, jualan lebih tinggi direkodkan adalah dicetuskan oleh insentif pengecualian cukai jualan bagi kedua-dua kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan import sepenuhnya (CBU).

 

"Kempen promosi agresif oleh syarikat-syarikat kereta dan bulan bekerja lebih panjang juga menyumbang kepada angka jualan lebih tinggi pada Julai 2020," kata persatuan itu.

 

Bagaimanapun, setakat Julai lalu, pendaftaran kenderaan baharu adalah 33.1 peratus lebih rendah iaitu 232,245 unit berbanding 347,171 yang didaftarkan dalam tempoh sama setahun lalu.

 

Sementara itu, pengeluaran kenderaan baharu pada Julai jatuh 2.6 peratus tahun ke tahun kepada 47,631 daripada 48,912 unit yang dikeluarkan setahun lalu.

 

MAA berkata, jumlah jualan bagi bulan ini dijangka menyamai angka Julai, dipacu oleh pengecualian cukai jualan dan kempen promosi berterusan oleh syarikat-syarikat kereta.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peningkatan cemerlang itu merekod sebanyak 789 unit kenderaan Proton dijual di Brunei meningkat…
Berita Global
Menurut laporan media kewangan China, Jiemian, syarikat itu merancang untuk memberikan bonus…
Berita Domestik
Dengan kerjasama antara Proton Edar dan CIMB, Proton Commerce menyediakan penyelesaian pembiayaan…