Lynk & Co Zero Concept - guna platform baharu SEA dari Geely

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang acara Beijing Auto Show yang bakal berlangsung, Lynk & Co mengambil kesempatan untuk memperlihatkan sebuah model konsep kereta elektrik tulen - Zero Concept.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut Geely, Zero Concept ini dibangunkan atas pelantar baharu Sustainable Experience Architecture (SEA) dengan reka bentuk luaran menyamai model sedan 03.

 


Namun, berbanding dengan sedan 03, Lynk & Co Zero Concept ini hadir dengan bentuk badan hatchback, rekaan gril hadapan tertutup, pemegang pintu tertanam dan rekaan bumper yang berbeza.

Selain daripada rekaan garis badan yang lebih kemas, rekaan rim juga telah dioptimasikan untuk tujuan peningkatan tahap aerodinamik.

Antara ciri menarik lagi termasuklah kehadiran lampu belakang LED dengan rekaan melintang penuh, spoiler tailgate dan diffuser pada bahagian belakang model Zero Concept ini.

 


Walaupun bahagian luarannya banyak mengambil inspirasi daripada model 03, rekaan ruang dalamannya adalah serba baharu dan menampilkan roda stereng jenis bawah rata, serta sistem infotainmen yang lebih besar.

Lynk & Co Zero Concept ini bakal memasuki produksi bermula tahun hadapan dengan jarak operasi yang mampu mencecah 700 km mengikut data kitaran NEDC dan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang empat saat.

 


Platform baharu SEA ini juga membolehkan Lynk & Co Zero Concept menerima kemaskini perisian Over-The-Air (OTA).

Syarikat induk Lynk & Co, Geely juga turut mengumumkan platform SEA bakal menjadi sebuah senibina sumber terbuka pertama di dunia yang boleh digunakan oleh mana-mana pengeluar automotif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…