Lynk & Co lancar SUV 01 PHEV - penggunaan bahan api 1.7 liter/100 km!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kejayaan menjual kira-kira 120,000 unit kenderaan dalam masa setahun, tidak dinafikan lagi syarikat muda Lynk & Co diiktiraf sebagai sebuah syarikat automotif paling pesat membangun di dunia. 

Lihat sahaja pencapaian yang dikecapi sebelum ini, di mana kesemua enam ribu unit SUV 01 berjaya dijual dalam masa 2 minit 17 saat sahaja, menunjukkan konsep yang dipertontonkan berjaya memikat hati pelanggan. 
 


Terbaharu, syarikat gabungan antara Geely dan Volvo itu ingin meluaskan lagi penguasaan pasaran mereka dengan memperkenalkan model plug-in hybrid (PHEV) SUV 01 yang dilancarkan di China. 

Varian PHEV ini menggunakan enjin 1.5 liter turbo berkuasa 180 hp yang dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 80 hp, memberikan kuasa gandinga 256 hp yang memacu kesemua roda. 
 


Tugas penghantaran kuasa diberikan kepada transmisi klac berkembar DCT dengan tujuh nisbah kelajuan. 

Kuasa pecutan dari pegun ke 100 km/j pula mengambil masa kira-kira 7.3 saat. 

Menurut CarNewsChina, memandangkan trenkuasa yang ada pada 01 ini dibangunkan oleh Volvo, ia juga akan turut diperkenalkan pada Volvo XC40 tidak lama lagi. 
 


Dalam mod pemanduan elektrik semata-mata, 01 PHEV ini boleh bergerak sehingga 51 kilometer, dan bacaan penggunaan bahan api pula mampu mencatatkan sehingga 1.7 liter per 100 kilometer!

Di China, harga jualan bagi varian PHEV ini bermula dari $29,770 (RM121,000) manakala versi premium pula mampu mencecah harga $33,000 (RM134 ribu). 

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang difahamkan bakal memakai lencana '05' itu akan dilancarkan di pasaran China terlebih…
Berita Global
Lynk & Co 01 merupakan produk pertama yang dibangunkan oleh Geely dan Volvo di bawah jenama…
Berita Global
Lynk & Co kini merupakan syarikat automotif paling pesat membangun di dunia dengan kejayaan…