Lynk & Co buka tempahan 03 TCR - penghantaran seawal Q1 2020

oleh Mohamad Hanif|
Jentera perlumbaan yang dibangunkan oleh Lynk & Co, 03 TCR kini sudah mula dibuka tempahannya untuk pasaran China terlebih dahulu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan Auto News yang memetik informasi dari Geely berkata, para pelanggan akan mula menerima unit tempahan mereka seawal suku pertama tahun hadapan. 

Tiada sebarang tanda harga disahkan buat masa ini. 

Jentera 03 TCR Cyan Racing ini telah membuat kemunculan buat kali pertama pada FIA World Touring Car Cup 2019 bertempat di Marrakech, Morocco pada April lalu. 

 


Menggunakan skema warna yang sama seperti kebiasaan jentera Cyan Racing, 03 TCR ini menampilkan kit badan lebar, fender flare pada bahagian hadapan dan belakang, rim centerlock, bukaan udara kustom dan sayap jenis swan neck. 

Dengan berat sekitar 1,265 kg termasuk pemandu, jentera pacuan roda hadapan ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder sebaris yang mampu menghamburkan 345 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas. 

Ia dipadankan dengan sistem transmisi sekuential enam nisbah kelajuan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…