Lynk & Co 05+ - SUV Coupe 265 hp/380 Nm dengan elemen gentian karbon

oleh Mohamad Hanif|
SUV coupe Lynk & Co 05 telah pun diperlihatkan secara rasmi pada tahun 2019 untuk pasaran China, dan anak syarikat Geely itu kini memperkenalkan versi yang lebih sporti dinamakan sebagai 05+.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan penampilan warna hijau yang unik, Lynk & Co 05+ ini ditawarkan dengan pelbagai jenis pilihan rim yang unik dan sporti, sementara angkup brek juga turut didatangkan dalam warna hijau cerah.
 

spoiler


Bagi menandakan ia sebuah model sporti, Lynk & Co menawarkan komponen tambahan yang diperbuat daripada gentian karbon seperti splitter hadapan, skirt sisi, kemasan pada bampar belakang, diffuser serta sayap belakang jenis kekal.

Selain daripada itu, 05+ juga turut mendapat lencana unik sebagai bukti ia sebuah SUV sporti.
 

SUV


SUV berprestasi tinggi kedua daripada Lynk & Co ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo, namun dengan talaan yang mampu menghasilkan 265 hp dan 380 Nm, peningkatan kuasa berbanding enjin standard (251 hp/349 Nm).

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi AMT Aisin lapan nisbah kelajuan, dan SUV coupe ini berupaya mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j.