Lynk & Co 05 - seterunya BMW X4, hanya untuk pasaran China!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa imej gambar tidak rasmi didedahkan ke ruang maya, akhirnya firma Sweden yang dimiliki oleh Geely, Lynk & Co secara rasmi melancarkan model terbaharu crossover coupe yang digelar sebagai 05.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Lynk & Co bakal membuka operasinya di Eropah tidak lama lagi, model 05 ini merupakan model khusus untuk pasaran China sebagai lawan sebenar kepada BMW X4. 

Lynk & Co 05 secara asasnya merupakan SUV 01 namun diberikan garis bumbung yang lebih rendah bagi menampakkan imej SUV coupe yang kini menjadi ikutan pasaran. 

 


Jika diperhatikan, Lynk & Co 05 menampilkan ciri rekaan unik pada tiang D bagi menampakkan rekaan ala-ala bumbung terapung. 

Rekaan lampu belakang juga serba baharu, manakala cagak gantungan nombor pendaftaran telah diubah kepada bahagian bumper, berbanding pada pintu belakang seperti model 01.

Namun, ciri lain masih dikekalkan seperti lampu utama yang diposisikan tinggi, serta gril melintang dengan slot lampu kabus.
 


Rekaan kabin juga membawakan kemasan serba baharu menampilkan skrin lebar di bahagian tengah dan penampilan beberapa butang fungsi yang direka semula dan jahitan kontras pada beberapa bahagian kabin. 

Setakat ini, data teknikal SUV Coupe ini masih lagi tidak didedahkan, namun memandangkan ia dibangunkan atas platform CMA yang sama seperti 01, dijangkakan ia akan membawakan spesifikasi enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo dan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter yang bakal menyusul kelak. 

Untuk pasaran Eropah, Lynk & Co bakal mengikut jejak langkah Volvo dalam menarik perhatian pelanggan, iaitu dengan memperkenalkan sistem langganan kenderaan. 
 


Para pelanggan akan ditawarkan 'pemilikan' kenderaan secara penyewaan dalam tempoh tertentu dengan harga bayaran bulanan yang tetap merangkumi segala kos yang berkaitan seperti cukai, insurans dan juga kos penyelenggaraan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…