Lynk & Co 03 facelift terdedah, penampilan terlebih agresif

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu model yang berkongsi platform CMA yang sama dengan Volvo XC40, Lynk & Co 03 kini tampil dengan versi facelift berdasarkan imej yang tertiris daripada laman web kementerian teknologi informasi dan industri China, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, model sedan tersebut sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2018 lagi, dan sudah tiba masanya ia mendapat pembaharuan yang lebih bersifat kosmetik.

Dari segi luaran, ia masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan yang sama terutama apabila dilihat daripada bahagian sisi, namun perubahan yang besar dapat dilihat pada bahagian depan dan juga belakang.
 

03


Berbanding rupa asal yang lebih lembut, versi facelift 03 kini tampil lebih garang dengan unit lampu utama dan lampu nyalaan siang DRL yang lebih tajam, diikuti dengan bukaan depan bampar yang kini lebih besar.

Sementara rekaan belakang pula menempatkan tempat nombor pendaftaran yang telah dialihkan ke bahagian bampar, rekaan diffuser yang lebih menonjol, tip ekzos berkembar berbentuk oval, dan liang aliran udara palsu pada bahagian sisi.
 

03


Lynk & Co turut menawarkan sebuah varian sporti di mana ia didatangkan dengan warna kuning dengan bumbung hitam, rekaan roda aloi yang berbeza, serta pemasangan kit badan yang turut merangkumi splitter, spoiler belakang yang agresif, diffuser yang lebih besar dan empat tip ekzos.

Dari segi penawaran enjin, terdapat versi ICE tulen dengan enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 215 hp, atau 251 hp untuk versi pertengahan atau sehingga 262 hp untuk versi 03+ versi pantas.

Terdapat juga versi hibrid dengan enjin tiga silinder 1.5 liter dan motor elektrik yang menyerupai kembar CMA-nya, iaitu Volvo XC40.

Lynk & Co 03 akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat di pasaran China.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jentera 03 TCR Cyan Racing ini bakal bertanding di kejohanan FIA WTCR 2019 dengan menampilkan…
Sukan Bermotor
Lihat sahaja jenama automotif tempatan, Proton dengan penglibatan mereka dalam sukan permotoran…