Lynk & Co 03+ dan 05 akan dilancarkan di Sepanyol hujung  bulan Jun

oleh HEZERI SAMSURI|
Lynk & Co, syarikat kenderaan premium dari geely dan Volvo akan melancarkan model 05 dan 03+ mereka di bandaraya Bilbao, Sepanyol pada penghujung bulan Jun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model 05 ialah sebuah SUV dengan gaya sporty coupe (seperti BMW X6) dan akan dibina menggunakan platform CMA yang dibina oleh Volvo dan Geely.

 

 

SUV sporty itu akan menggunakan dua jenis enjin, iaitu unit 1.5L turbo (177hp dan 265 Nm) atau 2.0L turbo (235hp dan 350Nm).

 

 

Model 03+ pula ialah sebuah model sedan sporty peringkat kemasukan (entry level) yang menggunakan enjin Volvo 2.0L turbo dengan 254 hp, transmisi automatik Aisin 8-kelajuan dan sistem pacuan 4-roda dari BorgWarner.

03+ mempunyai daya pecutan 0-100kmsj dalam masa 5.9 saat dan ia lengkap dengan spoiler dan sayap-sayap aerodinamik yang berfungsi sepenuhnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…