Lyft jual divisyen kenderaan swapandu bernilai RM2.2 billion kepada Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Gergasi penyedia perkhidmatan seru-pandu Lyft baru-baru ini menjual divisyen kenderaan autonomi kepada syarikat subsidiari Toyota dengan nilai sebanyak $550 juta (RM2.2 bilion).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat subsidiari Toyota Woven Plant Holdings bakal memperoleh divisyen swapandu Lyft dengan pembayaran pendahuluan sebanyak $200 juta manakala selebihnya ($350 juta) akan dibayar secara ansuran selama lima tahun.

Perjanjian tersebut dijangka akan dimuktamadkan menjelang suku ketiga tahun 2021 sekaligus menamatkan penglibatan Lyft di dalam segmen kenderaan swapandu.

Menurut laporan daripada The Verge, penjualan divisyen ini memberikan penjimatan sebanyak $100 juta di dalam perbelanjaan non-GAAP (Generally Accepted Accounting Principles), serta meletakkan syarikat itu di dalam kedudukan yang lebih baik untuk memperoleh keuntungan.

Sebelum ini, Toyota telah menjadi pemain utama di dalam perlumbaan membangunkan kenderaan swapandu, di mana pada tahun 2018 syarikat itu melabur sebanyak $500 juta di dalam Uber sebelum Uber membuat keputusan untuk menyerahkan unit teknologi pemanduan sendiri itu kepada Aurora Innovation.

Sejak dari itu, Aurora Innovation mengesahkan mereka akan terus bekerjasama dengan Toyota dan pembekal Denso Corp bagi membangunkan kenderaan yang dikhususkan untuk perkhidmatan seru-pandu autonomi.

Sumber: The Verge

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…
Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…