Lunaz lancar projek restomod Aston Martin DB6 berkuasa elektrik, harga lebih RM4.18 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat firma kejuruteraan British, Lunaz melancarkan projek terbaharu mereka - restomod Aston Martin DB6 dengan menggunakan trenkuasa elektrik sepenuhnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Auto Express UK, mereka yang berminat sudah boleh meletakkan tempahan sebelum mendapat unit masing-masing pada tahun 2023.

Setakat ini tiada sebarang harga didedahkan, namun setiap kenderaan yang akan disesuaikan mengikut cita rasa pembeli, dengan anggaran kos melebihi $1 juta (RM4.18 juta) untuk setiap unit.

Sama seperti projek-projek yang terdahulu seperti Range Rover, atau Jaguar XK120, projek restomod Aston Martin DB6 ini turut dimulakan dengan restorasi casis dan badan kereta terlebih dahulu.
 

Lunaz


Malah, para jurutera turut menggunakan alat penimbang sudut (corner scale) untuk menentukan nisbah pembahagian berat jentera yang asal, supaya mereka dapat menghasilkan kembali keseimbangan pengendalian setelah trenkuasa elektrik dimuatkan.

Dari segi luaran, Aston Martin DB6 Lunaz ini tampak sama dengan model klasik berkuasa petrol, apa yang membezakannya adalah ketiadaan sistem perpaipan ekzos sahaja.

Meskipun mengekalkan rupa paras yang klasik, Lunaz mendatangkan teknologi moden pada Aston Martin DB6 ini seperti sistem brek, suspensi serta sistem stereng yang mampu menampung kuasa daripada tenaga elektrik itu tadi.

Ruang kabin juga turut mendapat sentuhan moden seperti opsyen pendingin hawa, sambungan Wi-Fi, serta sistem infotainmen moden yang dilengkapi dengan navigasi satelit.
 

Lunaz


Lunaz juga turut sama menawarkan penggunaan bahan yang lebih lestari pada ruang kabin DB6, seperti contoh karpet yang diperbuat daripada jaring ikan yang dikitar semula, dan kemasan yang menyerupai bulu kambing.

Dalam masa yang sama, Lunaz cuba untuk menggunakan kembali segala komponen yang terdapat pada kereta penderma bagi mengurangkan sisa terbuang, termasuklah rangka tempat duduk, dan trim ruang kabin yang dibaik pulih dan diberikan nafas baharu.

Projek restomod Aston Martin DB6 EV ini menggunakan unit trenkuasa elektrik yang dibangunkan sepenuhnya oleh Lunaz, di mana unit yang terdapat pada Jaguar XK120 sebelum ini mempunyai kuasa maksimum 375 hp dan 700 Nm.

Pembeli boleh mendapatkan pilihan pek bateri bermula dari 80 kWh hingga 120 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 410 km dan sokongan pengecasan pantas.
 

lunaz


Setiap satu Aston Martin DB6 EV ini akan dipasang di ibu pejabat Lunaz di Silverstone Technology Park oleh sepasukan 100 orang jurutera yang telah dipilih daripada beberapa syarikat automotif utama seperti Aston Martin, Bentley, Ferrari, Jaguar, McLaren dan Rolls-Royce.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pemilik Range Rover ini betul-betul memberi perhatian kepada bahagian dalam. Bukan setakat…
Berita Global
  Bateri mempunyai kapasiti 80 sehingga 120 kilowatt-jam (kWj) dan tenaga boleh ditambah…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…