
Sebagai Timing Partner rasmi Red Bull Ampol Racing, Luminox membawa DNA perlumbaan ke dalam rekaan ini. Dicipta berasaskan siri ikonik Luminox 3500, jam tangan ini direka untuk ketahanan ekstrem, sesuai bagi individu yang beraksi dalam persekitaran penuh tekanan.
Rekaan & Ketahanan
Jam tangan edisi terhad ini hanya dikeluarkan 300 unit di seluruh dunia. Ia tampil dengan kerangka CARBONOX™ berdiameter 45mm, bezel menyelam sehala (unidirectional dive bezel), serta ketahanan air sehingga 200 meter. Rekaannya menyerlahkan identiti Red Bull Ampol Racing dengan gabungan warna biru matte navy, angka putih berkontras tinggi untuk keterbacaan jelas, serta sentuhan merah dan kuning daripada logo Red Bull. Jarum saat merah bersama tanda bezel kuning memberi elemen sporty yang lebih agresif.

Luminox turut melengkapkan jam ini dengan teknologi pencahayaan khas, Luminox Light Technology (LLT), yang menawarkan pencahayaan automatik tanpa henti sehingga 25 tahun, menjadikannya mudah dilihat walaupun dalam keadaan gelap – teknologi yang selama ini dipercayai pasukan elit tentera, penyelamat, penyelam profesional serta kini pelumba sukan bermotor.
Harga & Spesifikasi Utama
-
Harga: RM3,360
-
Diameter: 45mm
-
Material: CARBONOX™ case
-
Kaca: Hardened Mineral Glass
-
Tali: Getah (warna biru)
-
Fungsi: Tarikh, Dive Bezel
-
Pergerakan: Quartz
-
Ketahanan air: 200 meter
Tentang Luminox
Sejak mula, Luminox dikenali sebagai pengeluar jam tangan “Always Visible” – sentiasa menyala tanpa memerlukan sumber cahaya luar. Ia menjadi pilihan ikon global seperti Bear Grylls, pasukan penyelamat Iceland (ICE-SAR), juruterbang jet pejuang, unit polis khas, dan pengembara lasak di seluruh dunia.
Sudah Boleh Dibeli

Luminox x Red Bull Ampol LM3501.ABR.N Limited Edition boleh didapati di butik jam terpilih seperti Parkson One Utama, Parkson Pavilion KL, SOGO KL, SOGO Central I-City Shah Alam, serta SOGO Mid Valley Southkey, selain pengedar sah di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari www.luminox.com.sg atau ikuti laman rasmi Facebook dan Instagram Luminox Malaysia.