Luminox Pacific Diver Ripple 3120M Series, enam pilihan rekaan, harga dari RM3,040

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada siri jam tangan Luminox yang paling laris, Pacific Diver Series telah dikemaskini untuk tahun 2023 dengan kehadiran enam variasi baharu dengan rekaan yang berbeza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua enam jam tangan tersebut menampilkan binaan casis 39 mm yang direka untuk menarik golongan pemakai kasual tidak kira lelaki mahupun perempuan, dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti dan DNA jenama Luminox.
 

LLT


Ciri utama jam tangan Pacific Diver Ripple ini termasuklah casis keluli tahan karat, bezel CARBONOXTM, sistem pergerakan kuarza Swiss, rekaan dial berwarna hitam/biru/putih/Mother-of-Pearl, penggunaan kaca kristal sapphire, dan kalis air sedalam 200 meter.

Pembeli boleh memilih untuk mendapatkan tali jam getah cut-to-fit dalam warna Vivid Pink, Coastal Blue, Navy Blue dan Fresh White, atau mendapatkan tali jam keluli tahan karat.
 

LLT


Seperti jam tangan Luminox lain, ia juga turut menampilkan teknologi pencahayaan Luminox Light Technology yang mampu bertahan sehingga 25 tahun.

Berikut merupakan senarai harga jualan siri jam tangan Luminox Pacific Diver Ripple 3120M Series:

Pacific Diver Ripple 3122.M - RM3,570
Pacific Diver Ripple 3123.M.SET - RM3,875
Pacific Diver Ripple 3124.M - RM3,040
Pacific Diver Ripple 3126.M - RM3,570
Pacific Diver Ripple 3127.M - RM3,320
Pacific Diver Ripple 3128.M.SET - RM3,570


Pacific Diver Ripple 3122.M

 

Pacific Diver Ripple 3123.M.SET

 

Pacific Diver Ripple 3124.M

 

Pacific Diver Ripple 3126.M

 

Pacific Diver Ripple 3127.M

 

Pacific Diver Ripple 3128.M.SET

 

LIFESTYLE