Luminox Navy SEAL 3600 Series - peneman setia tentera elit Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Seperti mana pentingnya peranan Navy SEALs dalam mempertahankan kedaulatan negara Amerika Syarikat daripada sebarang ancaman, begitu jualah peranan jam tangan Luminox yang mampu bertahan dalam apa jua keadaan yang ditempuhi oleh pasukan pertahanan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Luminox sekali lagi tampil dengan pengenalan koleksi terbaharu Navy SEAL, iaitu 3600 Series di mana lebih perhatian ditumpukan kepada rekaan tanpa mengorbankan fungsi asal sedia ada. 


Jam tangan Navy SEAL 3600 Series ini merupakan siri yang pertama menggunakan susunan menegak di dalam teknologi pencahayaan tersendiri Luminox yang menggunakan tiub cahaya tritium. 

Hasilnya, ia menampakkan penampilan yang sedikit berbeza berbanding model sedia ada, dan dalam masa yang sama masih kekal dengan keupayaan memberikan pencahayaan di waktu malam  selama 25 tahun tanpa sebarang bantuan. 

Sebuah jam tangan kegunaan tentera perlulah tahan kepada apa jua daya luar yang kuat, jadi casis Navy SEAL 3600 Series ini sudah semestinya diperbuat daripada CarbonoxTM - bahan berasaskan karbon yang ringan, hypoallergenik, serta tahan lasak. 
 


Penggunaan skru keluli kalis karat di bahagian crown dan belakang pula menjadikan jam tangan ini mampu bertahan 200 meter di bawah permukaan air tanpa sebarang masalah. 

Ciri ini juga turut dibantu dengan penggunaan gasket khas dan rekaan casis yang membolehkan jam tangan ini mampu beroperasi dengan lebih lancar. 

Navy SEAL 3600 Series didatangkan dalam tiga kombinasi warna yang menarik iaitu: 

  • hitam dengan elemen kuning
  • hijau zaitun dengan elemen merah
  • biru dengan elemen jingga
     

 


Manakala penggunaan tali jam gerah asli atau pilihan tali jenis webbing NATO memastikan jam tangan ini kekal di bergaya di samping pemiliknya. 

Ketiga-tiga versi ini didatangkan dengan rekaan dial pergerakan kuartza Ronda 515 yang dilindungi oleh kristal sapphire dengan ciri anti-reflektif dan ciri kanta pembesar yang memaparkan tarikh. 

Harga jualan pula bermula dari RM2,510.00 sehinggalah RM2,855.00. 

Spesifikasi:
Pergerakan kuartza Swiss Ronda 515
Ciri kalis air 20 ATM
Kaca kristal dengan salutan anti-reflektif
Casis CarbonoxTM
LLT menegak
Tali jam getah tulen dengan buckle CarbonoxTM

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…