Luminox Navy SEAL 3500 Gold - jam tangan untuk sang juara!

oleh Mohamad Hanif|
Emas seringkali dikaitkan dengan simbolik kejayaan, kuasa serta pencapaian seseorang mahupun sesetengah organisasi, malah unit ketenteraan elit SEALs juga turut menggunakan warna emas seperti pada jalur pangkat dan juga butang pada uniform.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk melengkapkan lagi imej tersebut, Luminox dengan bangganya memperkenalkan sebuah lagi jam tangan edisi terhad dinamakan sebagai Navy SEAL 3500 Series Gold. 
 


Dihasilkan sebanyak 1,618 unit sahaja, angka tersebut dipilih kerana ia merupakan angka yang bersamaan dengan nilai keseluruhan phi yang turut dikenali sebagai Angka Emas (Golden Number), Perkadaran Emas (Golden Proportion) dan Nisbah Emas (Golden Ratio).

Hampir kesemua aspek di dalam rekaan bergantung kepada perkadaran ini, dan tidak ketinggalan jam tangan Luminox bagi menjadikan hasil akhir produk lebih astetik, dan lebih menyenangkan mata memandang. 
 


Jam tangan edisi terhad Navy SEAL 3500 Gold Edition ini menampilkan casis CARBONOXTM 45 mm yang terkenal dengan ciri ringan, kukuh dan tahan lasak serta mampu bertahan 200 meter di dalam air. 

Elemen emas boleh diperhatikan pada senggat 20 minit yang pertama pada bezel, caseback, angka 24 jam dan garisan luar logo Luminox pada senggat angka 12. 
 


Di bahagian belakang, Luminox telah mengukir nombor edisi terhad dan juga lencana Navy SEAL - digelar sebagai SEAL Trident yang diberikan kepada mereka yang berjaya menghabiskan latihan Basic Underwater Demoliton (BUD/S).

Untuk digayakan pada tangan anda, Luminox memberikan dua jenis tali jam iaitu getah dan juga NATO. 

Walaupun dengan rupa luaran yang lebih elegan, ia masih sebuah jam tangan yang diiktiraf oleh Department of Navy dan menerima input daripada duti aktif para tentera US Navy SEAL. 
 


Tidak ketinggalan, sistem pencahayaan lampu Luminox's Light Technology (LLT) yang mampu memberikan informasi masa di dalam apa jua keadaan tanpa sebarang bantuan luar sehingga 25 tahun lamanya.

Harga jualan runcit yang dicadangkan bermula dari RM2,665 dan boleh didapati di mana-mana outlet Luminox seperti di Parkson Pavillion, Parkson Sunway Velocity, SOGO Jalan TAR dan juga SOGO i-City.