Luminox MIL-SPEC LM3351.OLIVE.N Edisi Terhad – Jam Taktikal Inspirasi Medan, Hanya 777 Unit

oleh Qalif Latif|
Luminox memperkenalkan model terbaharu dalam barisan MIL-SPEC mereka menerusi LM3351.OLIVE.N, sebuah edisi terhad yang diinspirasikan daripada persekitaran medan operasi sebenar. Ditawarkan pada harga RM5,575 di Malaysia, model ini dihadkan kepada hanya 777 unit di seluruh dunia.

Rekaan jam ini jelas memancarkan DNA taktikal – kemasan olive-green pada dial dan strap digabungkan dengan elemen camouflage yang direka untuk menyatu dengan persekitaran hutan, belantara dan landskap lasak. Setiap perincian termasuk bezel, font angka dan tekstur tali dirancang untuk memberikan karakter rugged tanpa mengorbankan estetika profesional.

Dibangunkan Mengikut Piawaian Ketenteraan MIL-SPEC

Model ini dibangunkan dan diuji mengikut standard MIL-PRF-46374G Type III Class 1, piawaian ketenteraan Amerika Syarikat yang menilai aspek ketahanan, ketepatan dan integriti material.

Casing diperbuat daripada CARBONOX+, sejenis material komposit berasaskan karbon yang terkenal dengan sifat ringan dan ketahanan tinggi terhadap hentakan serta kakisan. Bezel pula menggunakan Titanium Grade 2 dengan kemasan micro-sandblasted dan rekaan unidirectional rotating bezel untuk kegunaan menyelam atau operasi taktikal.

Jam ini turut menawarkan kalis air sehingga 300 meter, menjadikannya sesuai untuk operasi darat, hutan mahupun persekitaran marin.

uminox MIL-SPEC LM3351.OLIVE.N

 

Enjin Swiss Quartz Dengan HeavyDrive & PreciDrive

Di bahagian dalaman, LM3351.OLIVE.N dikuasakan oleh movement Swiss Made ETA F06.412 quartz yang dilengkapi teknologi HeavyDrive dan PreciDrive.

HeavyDrive berfungsi menyerap impak hentakan dengan menghasilkan counter-impulse bagi mengelakkan jarum tersasar atau ‘skip’. Ini memastikan kestabilan movement walaupun menerima gegaran kuat.

PreciDrive pula adalah sistem thermo-compensation yang mengawal variasi suhu persekitaran. Hasilnya, ketepatan jam boleh mencapai deviasi sekitar +/- 10 saat setahun bergantung kepada kondisi pemakaian – satu angka yang sangat mengagumkan untuk quartz movement taktikal.

uminox MIL-SPEC LM3351.OLIVE.N

 

Teknologi Pencahayaan Luminox Light Technology

Seperti model Luminox lain, jam ini menggunakan Luminox Light Technology (LLT) pada penanda jam, jarum serta bezel. Sistem ini berasaskan tritium gas tube yang mampu memberikan pencahayaan berterusan sehingga 25 tahun tanpa perlu dicas atau terdedah kepada cahaya terlebih dahulu.

Jarum saat turut dilengkapi hujung berwarna hijau terang, manakala Super-LumiNova digunakan bagi meningkatkan kontras dan keterlihatan dalam keadaan cahaya rendah.

uminox MIL-SPEC LM3351.OLIVE.N

uminox MIL-SPEC LM3351.OLIVE.N
 

Spesifikasi Utama

  • Asal: Swiss Made

  • Movement: ETA F06.412 Swiss Quartz dengan HeavyDrive & PreciDrive

  • Fungsi: Paparan tarikh, dive bezel

  • Diameter casing: 46 mm

  • Material casing: CARBONOX+

  • Caseback: 316L stainless steel, jenis screw-in

  • Crown: 316L stainless steel dengan kemasan Black IP, screw-in

  • Bezel: Titanium Grade 2, unidirectional rotating

  • Crystal: Sapphire dengan anti-reflective coating

  • Water resistance: 300 meter

  • Dial: Olive-green

  • Strap: Olive-green rubber expandable strap

Untuk Siapa Jam Ini?

LM3351.OLIVE.N bukan sekadar jam fesyen. Ia direka untuk individu yang bergerak dalam persekitaran ekstrem – sama ada anggota taktikal, penyelam profesional, atau penggemar outdoor yang mahukan reliability tanpa kompromi.

Dengan pengeluaran terhad 777 unit sahaja, model ini bukan sahaja simbol keupayaan teknikal tetapi juga koleksi eksklusif untuk peminat jam taktikal Swiss yang mahukan sesuatu yang lebih ‘serius’ daripada sekadar tool watch biasa.

uminox MIL-SPEC LM3351.OLIVE.N