Luminox lancar siri Master Carbon SEAL Automatic 3860 - harga dari RM5,315

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar jam yang terkenal dengan casis karbon CARBONOX™+ baru-baru ini melancarkan siri jam tangan Luminox Master Carbon SEAL Automatic 3860.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat pertama kalinya, casis CARBONOX™+ menampilkan pergerakan automatik Selita SW-220-1 serta rekaan caseback jenis jernih untuk menampilkan pergerakan mekanikal Swiss Made jam tangan ini.
 

Luminox


Luminox turut menjalankan kajian dan penyelidikan untuk mengenalpasti spesifikasi seperti ketebalan casis supaya mampu memuatkan pergerakan automatik yang disebutkan tadi.

Master Carbon SEAL Automatic mempunyai keupayaan kalis air sehingga 200 meter dan tidak ketinggalan, teknologi tiub gas Luminox Light Technology (LLT) bagi memudahkan masa dibaca dalam keadaan gelap.
 

Luminix


Rekaan bezel jam tangan Master Carbon SEAL Automatic ini diperbuat daripada keluli tahan karat dengan plet hitam IP, dan penandaan warna keluli.

Pembeli boleh mendapatkan rekaan dial berwarna biru atau hitam, serta penambahan terbaharu tali jam tangan CUT-TO-FIT dalam pelbagai warna.
 

LLT


Harga jualan bermula dari RM5,315 dan boleh didapati di outlet Parkson One Utama, Parkson Pavillion KL, SOGO KL dan SOGO Central I-City Shah Alam, serta kedai-kedai pengedar yang sah.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…