Luminox lancar koleksi jam tangan Eco #TIDE - guna bahan kitar semula sampah plastik dari lautan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat induk Luminox, Mondaine Watch Ltd merupakan salah satu syarikat jam tangan pertama di dunia yang melaksanakan misi neutral karbon.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selaras dengan misi tersebut, Luminox kini bekerjasama dengan sebuah syarikat Swiss untuk mengutip sisa-sisa buangan dan plastik dari lautan, dan menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dua koleksi baharu jam tangan Eco #TIDE.
 

8900


Bahan #TIDE yang digunakan pada jam tangan ini merupakan 100 peratus plastik yang dikitar semula dari sampah lautan Andaman.

Jam tangan Luminox 8900 Eco #TIDE menampilkan penggunaan bahan #TIDE yang disebutkan tadi untuk pembuatan casis jam bersaiz 46 mm, bezel dan tali jam tangan.
 

8900


Ia menggunakan pergerakan Ronda 515 dengan tahap ketahanan bateri selama 50 bulan, dan dilindungi oleh case back keluli tahan karat 316L, dan kaca kristal Sapphire dengan salutan anti-silau.

Biarpun menggunakan bahan kitar semula, jam tangan Luminox 8900 Eco #TIDE mampu bertahan 200 meter di bawah permukaan air.
 

0320


Sebuah lagi koleksi yang dilancarkan ialah Luminox 0320 Eco dengan casis yang lebih kecil (44 mm) dan bezel yang diperbuat daripada bahan #TIDE, sementara tali jam tangan pula diperbuat daripada plastik PET yang dikitar semula.

Sama seperti Luminox 8900, Luminox 0320 Eco turut dikuasakan oleh pergerakan Ronda 515 dengan jangka hayat bateri 50 bulan, namun permukaan dial jam dilindungi oleh kaca kristal mineral yang diperkukuh, dan kalis air sedalam 100 meter.
 

0320


Kedua-dua koleksi Luminox 8900 Eco #TIDE dan Luminox 0320 Eco turut didatangkan dengan teknologi pencahayaan LLT Always Visible yang mampu bertahan selama 25 tahun dalam apa jua keadaan cuaca.

Bersesuaian dengan tema #TIDE, setiap pembelian jam tangan Luminox 8900 Eco #TIDE (harga RM2,650) dan Luminox 0320 Eco (RM1,845) didatangkan dengan pakej pembungkusan Tide.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…