Luminox Lancar Jam Tangan Edisi Terhad ‘The Guardian’, Harga RM 2,805

oleh Qalif Latif|
Luminox memperkenalkan model terbaharu ‘The Guardian’ Foundation Series LM3505.NSF.N Limited Edition untuk pasaran Malaysia, sebuah jam tangan taktikal edisi terhad yang dihasilkan hanya 961 unit di seluruh dunia.

 

The Guardian

Model bersaiz 45mm ini dibangunkan sebagai penghormatan kepada keberanian, dedikasi dan ketahanan individu yang berkhidmat dalam misi mencabar. Pada posisi jam 6, terdapat emblem khas bersalut Super-LumiNova® yang mampu bercahaya dalam gelap, melambangkan panduan, ketabahan dan harapan ketika situasi kritikal.

Jam tangan ini dibina berasaskan platform siri 3500 Luminox, dengan penggunaan material CARBONOX™ yang terkenal ringan tetapi tahan lasak. Ia dipadankan dengan pergerakan Swiss Quartz RONDA untuk ketepatan masa yang konsisten.

The Guardian

Turut disertakan ialah teknologi Luminox Light Technology (LLT), yang membolehkan paparan masa kekal jelas dilihat sehingga 25 tahun dalam apa jua keadaan pencahayaan tanpa memerlukan cas cahaya luar.

Rekaan luaran turut menampilkan bezel putaran sehala dengan nombor kuadran rona emas, digabungkan bersama tali getah biru yang diinspirasikan daripada elemen kepercayaan dan tanggungjawab.

The Guardian

The Guardian

Antara spesifikasi utama model ini ialah:

  • Asal: Swiss Made

  • Pergerakan: Swiss Quartz RONDA

  • Kalis air: 200 meter

  • Saiz casing: 45 mm

  • Kaca: Hardened mineral glass

  • Dial: Hitam

  • Crown: Skru masuk keluli tahan karat Black IP

  • Tali: Getah biru dengan buckle CARBONOX™

Di Malaysia, Luminox ‘The Guardian’ Foundation Series LM3505.NSF.N Limited Edition ditawarkan pada harga RM2,805 dan boleh didapati di butik terpilih seperti Parkson One Utama, Parkson Pavilion KL, SEIBU The Exchange TRX, SOGO KL serta pengedar sah Luminox seluruh negara.

The Guardian