Luminox lancar 4 lagi model baru 2023

oleh HEZERI SAMSURI|
Luminox, jam tangan taktikal yang popular di seluruh dunia kini hadir dengan model-model tahun 2023.

Bukan setakat kombinasi warna baharu yang lebih relevan ditawarkan, tetapi dengan badan saiz yang lebih kecil untuk sesuai dengan citarasa sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kesemuanya akan mula masuk ke pasaran Malaysia bermula bulan hadapan dan boleh didapati dari wakil-wakil penjual mereka di Parkson One Utama (tingkat bawah), Parkson Pavillion KL (tingkat 3), Sogo KL (tingkat 3) dan Sogo Centra I-City Shah Alam (tingat bawah) serta pengedar-pengedar berdaftar yang lain.
 

 

 

ICE-SAR Arctic 1050 Series (RM2,760)

Direka untuk misi menyelamat di negara Iceland (Icelandic Association for Search and Rescue), model ini memang terbukti lasak dan mempunyai rekaan yang menarik.

Penggunaan kaca Sapphire memastikan ia sukar dicalarkan dan bahan gentian Carbonox pula menjadikan badan jam ini kukuh dan ringan.

Diameter badan ini ialah 46 mm dan datang dalam beberapa warna, termasuk hitam dan biru.

Tali yang ditawarkan pula ialah dari getah NBR berwarna hitam atau biru. Fungsi yang dibekalkan ialah tarikh dan Pulosmeter.

Dikuasakan oleh pergerakan quartz, ia mempunyai ketahanan air sedalam 200 meter.

 


Leatherback Sea Turtle Giant 0320 Series (RM1,645)

leatherback

 

Satu lagi model popular Luminox yang dikemas-kini ialah model Leatherback Sea Turtle.

Nama itu diberikan sempena kebolehan penyu "leatherback" yang mampu bergerak beribu batu nautika dan juga boleh menyelam sedalam 4,000 kaki.

Pertama kali dilancarkan empat tahun lalu, Luminox Leatherback Sea Turtle Giant 0320 Series ini cukup popular dan mempunyai ramai peminat. Antara sebabnya ialah harga yang lebih mampu milik.

Bagi model 2023, ia tetap menggunakan badan dari gentian Carbonox untuk menjamin ketahanan jam ini. Muka jam kini hadir dalam tiga kombinasi warna - hitam putih dengan kemasan biru atau hitam putih dengan kemasan merah serta warna emas dengan kemasan hitam.

Saiz badan jam untuk model ini ialah 44 mm dengan tali dari bahan PU. Ia mempunyai ketahan air sehingga 100 meter.

Seperti semua model-model jam Luminox, ia mempunyai teknologi Luminox Light yang mampu "bersinar" selama 25 tahun.

 

 

Luminox Master Carbon SEAL Automatic 3860 Series (RM5,545)

carbon SEAL

 

Hasil dari kolaborasi antara Luminox dan Navy SEALs lebih dari 30 tahun, model Master Carbon SEAL Automatic ini bukan sahaja lasak tetapi antara yang menjadi idaman ramai.

Badan jam sebesar 45 mm dengan dua pilihan kombinasi warna menarik - badan hitam dengan kemasan kelabu, lengkap dengan tali getah kelabu "Nardo" atau badan hitam dengan kemasan hijau tentera dipadankan dengan tali getah hijau juga. 

Bahagian belakang badan jam itu pula lengkap dengan "tingkap" untuk membolehkan anda melihat pergerakan automotik buatan Swiss itu.

Tahan air sehingga 200 meter, ia adalah sebuah jam yang klasik untuk anda gunakan setiap hari tanpa was-was.

 

 

Pacific Diver Ripple 3120M Series (dari RM3,040 hingga RM3,570) 

pacific diver ripple

 

Model popular Pacific Diver series kali ini diberikan lebih penumpuan kepada kaum hawa dengan warna pastel biru dan saiz badan sebesar hanya 39 mm.

Ia juga datang dalam enam variasi warna dan tali jam. Rekabentuk tradisional Pacific Diver Ripple tetap dikekalkan - badan dari stainless steel dengan "bezel" dari Carbonox serta pergerakan quartz Swiss.

Muka jam pula ada yang menggunakan permukaan Mother of Pearl yang sesuai dengan wanita aktif. Tali getah pula adalah dari warna-warna terang seperti Vivid Pink, Coastal Blue, Navy Blue dan Fresh White.

Jika anda tidak mahu sesuatu yang terlalu garang, Luminox masih memberikan pilihan yang lebih tradisional seperti tali stainless steel atau tali getah hitam.

Cermin Sapphire Crystal dengan lapisan anti silau, fungsi tarikh dan Dive Bezel adalah standard, serta kebolehan untuk menyelam sedalam 200 meter.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…