Luminox kembalikan koleksi asal Navy SEAL Original EVO 3000 Series, harga RM2,115

oleh Mohamad Hanif|
Luminox membawakan kembali siri jam tangan Navy SEAL Original EVO 3000 Series namun dengan rekaan yang telah diperbaharui dan lebih moden.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sejarah siri jam tangan ini bermula pada tahun 1994 di mana Luminox membangunkan sebuah jam tangan bersama pasukan SEAL (US Navy Sea, Air and Land).
 

Navy SEAL


Ini kerana pada ketika itu pasukan SEAL memerlukan sebuah jam tangan yang mampu bertahan di mana jua tanpa sebarang masalah, dan hasilnya adalah Navy SEAL Original 3001 Series dengan ketahanan air sedalam 200 meter, ciri pencahayaan Luminox Light Technology (LLT) serta tahan lasak seperti pasukan SEAL itu sendiri.

Jam ini juga dilesenkan secara rasmi oleh US. Navy dan sehingga kini ramai anggota Navy SEAL masih lagi menggunakan jam tangan ini untuk menjalankan operasi di seluruh dunia.
 

SEAL


Untuk tahun ini, Luminox memperkenalkan kembali siri jam tangan Navy SEALs Original EVO 3000 Series yang mengekalkan ciri casis 43 mm, case back dan crown berskru untuk ketahanan kalis air sedalam 200 meter, serta tidak ketinggalan rekaan dial bertesktur dan fon yang lebih moden.

Ia menggunakan pergerakan kuarza Swiss Made, di mana jarum saat turut didatangkan dengan teknologi Always Visible LLT dan ditandakan dengan warna merah untuk bacaan yang lebih baik.
 

SEAL


Siri jam tangan ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu Navy Blue, Old Radium dan Black Out, dengan harga jualan bermula dari RM2,115.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…