Luminox - jam operasi malam komando Navy SEAL US

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama Luminox sudah semakin popular dikalangan penggemar jam tangan.

Ia adalah alternatif yang lebih baik dari jam lasak dari Jepun kerana Luminox dikilangkan di Switzerland dan menggunakan kepakaran Swiss, nama terulung dalam dunia jam tangan dunia.

Lumi sebenarnya bermaksud cahaya dalam bahasa Latin dan Nox pula ialah malam, juga dalam bahasa Latin.

Colormark

 

Kerana itu, teknologi pencahayaan Luminox adalah antara yang terbaik di dunia sehinggakan pasukan komando elit US, Navy Seal menggunakan Luminox untuk tugasan mereka.

Ia bermula apabila pegawai Navy Seal yang terlibat dalam bahagian Pemerolehan  (procurement), Nick North diminta untuk mencari sebuah jam tangan yang lebih sesuai untuk kegunaan operasi rahsia di sebelah malam.

Beliau berjumpa dengan Barry Cohen, salah seorang pengasas Lumnix (Richard Timbo ialah seorang lagi pengasas Luminox) untuk menghasilkan jam tangan sesuai untuk pasukan Navy SEAL (Sea, Air and Land).

Luminox special

 

Berita itu didengari oleh rakan-rakan lain dalam tentera US dan Tentera Udara US juga turut berjumpa dengan Luminox untuk menghasilkan sebuah jam tangan istimewa untuk juruterbang skuadron jet pejuang F-117 Nighthawk.

Sehingga ke hari ini, Luminox tidak lari dari konsel asalnya dan kerana itu ramai peminatnya menghargai konsep Luminox yang mana ia mesti lasak, ringan dan tidak terlalu menonjol dan hanya diketahui oleh mereka yang arif sahaja.

LLT Luminox

 

Teknologi Luminox Light atau LLT pula ialah kebolehan untuk anda membaca waktu dengan hanya sekilas pandang, walau segelap mana pun keadaan sekeliling.

Ia mampu menghasilkan cahaya suram selama 25 tahun dan kerana itu Luminox masih menjadi pilihan banyak pasukan tentera dan mereka yang gemarkan aktiviti lasak.

Terkial-kial mencari butang untuk melihat waktu di dalam panggung wayang? Cuba Luminox, teknologi Swiss yang nyata praktikal untuk kegunaan lelaki yang aktif.

Harga Luminox bermula dari bawah paras RM1,200.

 

luminox careta

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…