Luminox Commando Raider - jam tangan gaya tentera, harga dari RM2,920

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar jam tangan Luminox baru-baru ini melancarkan siri baharu Luminox Commando Raider sebagai satu penghormatan buat unit ketenteraan di seluruh dunia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Luminox Commando Raider direka untuk memenuhi keperluan professional serba aktif bagi pasukan polis dan tentera, serta penggemar aksi lasak yang mahukan sebuah jam tangan yang boleh dipercayai, dan versatil.
 

LUMINOX


Jam tangan Raider ini menampilkan casis CARBONOX™ 46 mm yang ringan dan tahan lasak, bezel CARBONOX™ dengan penunjuk arah terbina, serta rekaan muka dial berwarna terang seakan pasir.

Penunjuk arah pada bezel itu menampilkan warna aluminium anodiza yang digelar sebagai Night Vision Green, menyamai warna yang dilihat menerusi kaca mata penglihatan waktu malam.
 

LUMINOX


Sementara bentuk jarum saat pula merupakan rekaan anak panah yang boleh boleh didapati pada logo Unit Pasukan Khas di seluruh dunia, melambangkan kekuatan, kuasa, kelajuan dan attitud yang positif.

Tidak ketinggalan, teknologi pencahayaan sendiri LLT bagi memastikan jam tangan Commando Raider ini mudah untuk dibaca dalam keadaan ketiadaan cahaya.
 

LUMINOX


Boleh didapati dalam dua versi, iaitu Commando Raider 3321 atau Commando Raider 3337 dengan tali jam hijau, harga jualan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM2,920.