Lumba haram: Polis jalankan operasi selagi ada aduan

oleh Penyumbang Rencana|
Polis Daerah Iskandar Puteri terus menjalankan Op Samseng Jalanan berikutan masih menerima aduan daripada orang awam berhubung aktiviti samseng jalanan dan lumba haram di Lebuhraya Iskandar Sultan, di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata operasi itu dijalankan mulai jam 11 malam Jumaat sehingga 5 pagi Sabtu.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Beliau berkata, hasil daripada risikan dan operasi mendapati masih terdapat samseng jalanan yang melakukan aktiviti lumba haram di lokasi berkenaan.

"Dalam operasi itu, kita berjaya menahan enam orang samseng jalanan kerana menunggang motosikal secara melulu. Antara aksi yang dilakukan ketika menunggang motosikal adalah menundukkan kepala selari dengan meter dan melunjurkan kedua-dua kaki ke belakang seperti gaya `Superman' serta bersaing sesama sendiri dengan membuat aksi zig-zag.

"Tindakan mereka dilakukan sehingga membahayakan nyawa sendiri dan nyawa pengguna jalan raya yang lain," katanya menerusi kenyataan media, pada Sabtu.

Kumarasan berkata, semua warga tempatan berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, manakala semua motosikal terbabit disita dan 13 notis saman dikeluarkan.\

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya Datuk M. Kumar, polis juga telah menahan seramai 23 orang…
Berita Domestik
"Polis mengesan video tular di media sosial memaparkan aksi menunggang secara melulu dan…
Berita Domestik
"Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal…