Lumba haram kereta mewah: ahli perniagaan kosmetik disiasat

oleh SALINA JALIL|
Polis mengesan dua pemandu kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning, yang didakwa terbabit dalam perlumbaan haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor, Kelantan, Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata siasatan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dilakukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagaimanapun katanya, sebarang perlumbaan haram adalah menjadi satu kesalahan.

 

“Mengadakan perlumbaan haram di jalan raya adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan penjara maksimum lima tahun dan didenda minumum RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

 

Terdahulu, tular video berdurasi 2.28 saat memaparkan dua kereta Mercedes Benz bewarna kuning terbabit dengan perlumbaan haram jam 2 pagi, sehingga mengganggu lalu lintas. Kejadian itu berlaku pada 17 Januari lalu pada jam 2 pagi, malah mereka yang terlibat dikatakan turut membuat sekatan jalan raya bagi membolehkan lumba haram itu dilangsungkan.

 

Difahamkan, seorang daripada pemilik kereta mewah yang menyertai perlumbaan itu dikaitkan dengan ahli perniagaan kosmetik di Kelantan.

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…