Lumba haram: 9 ditahan, empat positif dadah

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Sembilan lelaki ditahan polis kerana berlumba dan menunggang motosikal secara merbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Kilometer 84, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai, di sini hari ini.


Operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak dan dibantu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Tapah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Asisten Komisioner Zakaria Abd. Rahman berkata, operasi itu dijalankan susulan maklumat penduduk yang mendakwa diganggu bunyi bising deruman enjin motosikal kerana kegiatan lumba haram pada setiap malam minggu.

 

Katanya, operasi yang dijalankan di kawasan itu kemudian mendapati terdapat sekumpulan penunggang motosikal sedang berlumba.

 

“Sembilan penunggang motosikal itu didapati menunggang dalam kelajuan tinggi sambil melakukan aksi merbahaya di atas jalan dengan menundukkan badan dan melakukan aksi zig-zag serta mengangkat tayar hadapan.

 

“Tindakan mereka yang berusia antara 18 hingga 33 tahun itu bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain,” katanya di sini hari ini.

 

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Katanya, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati empat daripada mereka positif dadah.

 

“JSPT Perak tidak berkompromi dengan kegiatan samseng jalanan dan akan mengambil tindakan tegas ke atas perlakuan yang bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri malah orang lain,” katanya.

 

 

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…