Lubnan-Jepun bakal tentukan nasib Ghosn dalam tempoh 40 hari lagi

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, kerajaan Lubnan dan Jepun bersepakat untuk menentukan nasib sama ada untuk mengekstradisi Carlos Ghosn ke Jepun semula atau dibicarakan di Lubnan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu sumber kehakiman yang rapat kepada Ghosn, Reuters melaporkan bahawa Jepun telah meminta Lubnan untuk menjelaskan dokumen yang diperlukan untuk ekstradisi Ghosn ke Jepun. 

"Mereka telah meminta penjelasan, dan hari ini kami selesai menghantar dokumen berkaitan," ujar sumber itu lagi. 

Jepun dan Lubnan tidak mempunyai sebarang perjanjian ekstradisi, manakala Lubnan pula secara tipikalnya tidak pernah menyerahkan rakyatnya.

Menurut peraturan Lubnan, kedua-dua belah pihak perlu bersetuju dalam masa 40 hari daripada hari pertama komunikasi berlangsung.

Pilihan yang ada pada Jepun ketika ini amat terhad, sama ada menghantar permohonan ekstradisi rasmi kepada Lubnan, atau bersetuju untuk membicarakan Carlos Ghosn di sana. 

Carlos Ghosn berjaya melarikan diri dari Jepun pada bulan lalu ketika sedang menantikan saat perbicaraan atas kesalahan salah laku kewangan yang beliau nafikan secara verbal. 

Beliau pada ketika ini sedang disoalsiasat oleh pihak berkuasa Lubnan yang bertindak merampas passportnya serta mengenakan larangan perjalanan ke atasnya.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…