Lubang jalan - penunggang motosikal berjaya tuntut pampasan RM11 juta dari majlis daerah!

oleh Mohamad Hanif|
Kejadian ini berlaku di West Milford, di mana mangsa, Roger Gates sedang menunggang motosikal cruiser Victory-nya sebelum didapati tidak sempat mengelak beberapa lubang jalan yang besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesan daripada itu, beliau hilang kawalan dan motosikal tersebut kemudian melanggar sebuah van dari arah bertentangan sebelum terbakar. 

Insiden itu menyebabkan Gates mengalami kecederaan teruk, beberapa tulang rusuknya patah, serta retakan di tulang belakang, tulang selangka, pergelangan tangan serta tulang tangan. 

Kesan daripada kecederaan itu, Gates terpaksa menghadapi beberapa siri pembedahan dan rehabilitasi, selain kehilangan pekerjaan secara total. 

Gates berjaya menuntut pampasan bernilai $2.65 juta (RM11 juta) yang merangkumi kos kehilangan mata pencarian, kos perubatan serta kos-kos yang berkaitan. 

Menurut laporan daripada RideApart, jalan di mana kemalangan tersebut berlaku sudah pun dikenali sebagai jalan yang berbahaya kepada pengguna jalan raya, dan beberapa aduan telah pun dibuat semenjak tahun 2014 lagi. 

Ketika kemalangan tersebut berlaku pada tahun 2016, kali terakhir jalan raya tersebut diselenggara adalah pada tahun 2014!

Selain daripada jumlah pampasan (RM11 juta) tersebut, Majlis Daerah Passaic turut bertanggungjawab menampung segala bil perubatan Gates bernilai $756,000 (RM3.1 juta) sepanjang Gates ditahan di hospital. 

Sumber: Visor Down

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menurut laporan tempatan, lubang tersebut muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan…
Berita Domestik
Dalam kejadian yang berlaku, sepasukan PLUSRonda telah segera ke lokasi untuk memberikan bantuan…
Berita Global
  Lubang itu terbentuk dengan tiba-tiba selepas paip air panas di bawah tanah pecah di lokasi…