Lubang jalan: Majlis Perbandaran LA diarah bayar RM17 juta kepada wanita malang

oleh Mohamad Hanif|
Majlis Perbandaran Los Angeles diarahkan supaya membayar pampasan bernilai sehingga $4 juta (RM16.68 juta) kepada seorang wanita, Stephanie Scott yang menjadi mangsa kejadian lubang sinkhole.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Akibat kejadian tersebut, kenderaan yang beliau naiki terjerumus ke dalam lubang sedalam enam meter tersebut sebelum tenggelam ditelan air, memaksa wanita tersebut keluar dan berdiri di atas kereta untuk meminta bantuan. 

Kejadian tersebut berlaku pada Februari 2017 di Studio City dan pihak peguam mengesahkan wanita tersebut mengalami kecederaan otak, sindrom post-concussive dan juga masalah penglihatan. 

Menurut kenyataan daripada Los Angeles Fire Department, "pesakit memberitahu ketika sedang memandu, beliau merasakan kereta tertarik ke arah kiri sebelum terhumban ke dalam lubang. 

"Beg udara terletus, dan air mula memasuki ruang kabin kereta akibat tingkap kuasa yang tidak berfungsi. Beliau kemudian berjaya membuka pintu sebelum berdiri di atas kereta untuk meminta bantuan. 

Scott menyaman pihak berkuasa Los Angeles, Majlis Perbandaran, jabatan air dan kuasa bandar, serta kerja-kerja awam akibat kecuaian, menurut laporan daripada NBC News.

Menurut peguamnya, Kevin Boyle, "ini merupakan kes yang sangat serius, SUV Stephanie Scott jatuh sedalam enam meter dan mendarat secara terbalik. 

"Beliau (Scott) sangat bernasib baik kerana masih lagi hidup," tambah beliau lagi. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menurut laporan tempatan, lubang tersebut muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan…
Berita Domestik
Dalam kejadian yang berlaku, sepasukan PLUSRonda telah segera ke lokasi untuk memberikan bantuan…
Berita Global
  Lubang itu terbentuk dengan tiba-tiba selepas paip air panas di bawah tanah pecah di lokasi…