LTdL 2019: Penutupan sementara persimpangan bertingkat Simpang Ampat

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak polis dan agensi-agensi berkaitan, Persimpangan Bertingkat Simpat Ampat di KM217 di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara pada Ahad, 7 April 2019 bermula jam 2:00 petang hingga 4:00 petang bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal Le Tour De Langkawi (LTDL) yang akan melalui Jalan Persekutuan 1 Alor Gajah-Melaka.

Sehubungan itu, kenderaan dari arah Seremban/Kuala Lumpur yang menghala ke Alor Gajah atau Tampin dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya melalui Plaza Tol Pedas Linggi.

Manakala, bagi kenderaan dari selatan (Johor) yang menghala ke Alor Gajah atau Tampin dinasihatkan agar keluar dari lebuh raya melalui Plaza Tol Ayer Keroh.

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pemandu supaya merancang perjalanan mereka dan menggunakan aplikasi mudah alih seperti Waze dan Google Map, mengikuti laman twitter@plustrafik atau menghubungi talian PLUSLine di 1800 88 0000 untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses…
Berita Domestik
Pertukaran sistem lampu isyarat ini bertujuan menyurai kesesakan trafik memandangkan sistem lampu…
Berita Domestik
Ini adalah berikutan paras air yang semakin surut serta kerja-kerja pembersihan, pengalihan…