LRT tergendala: MOT punya hak ambil tindakan undang-undang, tuntut pampasan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemaju projek yang dikenal pasti menjadi punca kerosakan struktur di stesen LRT Bandaraya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurutnya, tindakan itu tidak boleh dibuat sekarang kerana pihaknya mahu memastikan projek baik pulih dilaksanakan terlebih dahulu.

Tambahnya, kos pembaikan akan ditanggung Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan stesen tersebut hanya akan dibenarkan beroperasi selepas ia benar-benar selamat untuk digunakan.

“Kita akan melihat punca masalah ini. Seperti saya katakan, hasil siasatan menunjukan kerosakan kepada tiga struktur disebabkan oleh ‘ground movement’ yang dipercayai daripada kerja-kerja di tapak pembinaan bersebelahan.

“Ini hasil daripada laporan yang diperolehi. Apabila kita dapat siasatannya, sudah tentu kita perlu mengambil kira juga siasatan lengkapnya juga.

“Selepas itu, jika didapati bahawa (kerosakan tiga struktur jejambat dan tiang) disebabkan projek pembinaan tersebut, akan kita rizabkan tindakan undang-undang kepada pemaju tersebut,” katanya.

Jelasnya, tindakan undang-undang tidak dibuat sekarang kerana biasanya ia akan mengambil masa lama sedangkan projek baik pulih harus dilakukan segera.

Justeru, tegasnya, selepas mendapat bukti kukuh, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut pampasan berkaitan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Parlimen pada Rabu.

Tambahnya, selepas insiden itu, Prasarana telah memeriksa semua struktur dalam rangkaiannya bagi memastikan ia selamat.

“Selagi pihak perunding tidak beri lampu hijau untuk buka landsan itu (di Stesen LRT Bandaraya), kita tidak akan buka landasan itu.

“Walaupun ia beri kesan…ramai akan mengeluh kerana gangguan perkhidmatan, saya terpaksa menanggung semua tekanan tersebut kerana apa yang penting, keselamatan mesti diutamakan,” ujarnya.

Astro AWANI pada Rabu melaporkan kerosakan tiga struktur jejambat dan tiang yang retak berhampiran stesen LRT Bandaraya disebabkan oleh 'pergerakan tanah' yang dipercayai daripada kerja-kerja tapak pembinaan bersebelahan.

Demikian hasil siasatan dijalankan Prasarana susulan kerosakan tersebut mengakibatkan penggantungan perkhidmatan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya semenjak 27 Januari 2023.

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…