LRT Pulau Pinang Akan Menyeberang Ke Tanah Besar, Laluan Dilanjutkan Hingga Penang Sentral

oleh Qalif Latif|
Kerajaan Persekutuan mengesahkan bahawa projek LRT pertama di Pulau Pinang tidak lagi terhad kepada kawasan pulau semata-mata, sebaliknya akan dipanjangkan sehingga ke Seberang Perai. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa pembangunan negeri mesti dinikmati secara seimbang oleh penduduk di kedua-dua wilayah.

awal yang hanya melibatkan laluan di pulau. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Seberang Perai, Anwar menegaskan projek itu tidak boleh berakhir di pulau sahaja kerana ia akan mencetuskan persepsi berat sebelah.

Menurut beliau, sambungan baharu itu akan membawa laluan LRT sehingga ke Penang Sentral, menjadikan kawasan Permatang Pauh, Bagan dan Nibong Tebal turut menikmati akses mobiliti moden. Langkah ini juga dijangka meningkatkan kesalinghubungan antara pulau dan tanah besar serta mengurangkan kesesakan jalan raya.

LRT PP

Anwar mengulas mengenai persoalan peningkatan kos projek dan menjelaskan bahawa kenaikan itu berpunca daripada keputusan menambah jajaran ke Seberang Perai, bukan faktor ketidaktentuan seperti yang didakwa pihak tertentu.

LRT Mutiara Line merupakan projek LRT pertama di luar Lembah Klang, merangkumi jarak 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik. Laluan itu akan menghubungkan Pulau Tambakan Selatan (PSR-A), Stesen Komtar dan Penang Sentral, dengan tren beroperasi mengikut giliran di sepanjang laluan.

Perdana Menteri bercakap pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik Juru–Sungai Dua (PTJSD) yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau turut menggesa agar semua projek infrastruktur kritikal dipercepatkan pelaksanaannya, termasuk PTJSD yang lama tertangguh. Projek bernilai RM3 bilion itu dijangka memendekkan masa perjalanan waktu puncak daripada satu jam kepada kira-kira 20 minit dan mengurangkan kesesakan apabila lebih ramai pengguna memilih laluan terus Juru–Sungai Dua.


Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu tidak akan memberi sebarang impak kepada modal saham terbitan dan berbayar, pegangan…
Berita Domestik
Pengarah Urusan Geohan, Lee Kim Seng, berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan kejayaan meraih…
Berita Domestik
"Tender belum diberikan dan kami masih dalam proses menilai penyerahan, jadi tiada isu menukar…