LRT mula operasi dua tren baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Rapid KL hari ini memulakan operasi dua tren baharu yang akan digunakan di laluan LRT Kelana Jaya.

Kedua-dua tren dengan empat gerabak itu ialah dari jenis Bombardier Innovia Metro 300 yang dilengkapi dengan beberapa ciri yang lebih baik dari tren yang ada sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara penambahbaikan itu termasuklah sistem brek, sistem pintu penumpang, sistem pengurusan tren, sistem kuasa sokongan (auxialiary) dan pengenalan ‘Digital Route Map Display’. 

Ini adalah sebahagian daripada Sistem Informasi Penumpang yang diintegrasikan dengan sistem pintu, yang sebelum ini berjenis LED. 

Tren dengan nombor 192 dan 193 itu adalah dua buah yang pertama yang mula beroperasi dari projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27).

 


 

 

Setakat ini, lapan set tren KLAV27 sudahpun berada di Depoh LRT Laluan Kelana Jaya di Subang termasuk dua yang memasuki operasi harian semalam. 

Enam yang lain masih dalam pelbagai peringkat ujian, pentauliahan dan kelulusan daripada APAD sebelum disuntik masuk perkhidmatan harian.

Ujian sistem brek, ujian kuasa tarikan tren (train traction power) serta ujian tanpa gagal (fault free run) adalah antara siri-siri ujian atau pentauliahan yang telah dilalui oleh tren-tren ini sebelum diluluskan oleh APAD. 

Projek KLAV27 ialah usaha untuk menambah tren yang lebih selamat, moden dan  bagi laluan-laluan LRT dan ia adalah satu pelaburan bernilai RM1.7 bilion.