LRT Kelana Jaya bakal tingkatkan kekerapan, 56 set tren dijangka beroperasi Q3 2023

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan sebanyak 56 set tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka beroperasi secara berperingkat menjelang suku ketiga tahun 2023, bertujuan untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan waktu puncak.

Beliau berkata pada masa ini, hanya 38 set tren LRT beroperasi pada waktu puncak dengan kekerapan perkhidmatan lima minit, manakala 18 lagi tidak dapat beroperasi kerana sedang menjalani pelbagai jenis proses penyelenggaraan.

“Untuk mencapai kekerapan tiga minit kita memerlukan 48 set tren beroperasi… saya telah minta Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) percepatkan proses penyelenggaraan.

“Dalam tempoh ini (terdekat) kita tak dapat memberi komitmen untuk turunkan kepada tiga minit kekerapan, kita masih kekal lima minit tapi tidak bermakna lima minit itu statik, kalau ada tren tambahan kita akan percepatkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loke berkata Prasarana juga telah membeli 19 set tren baharu untuk laluan sama, dengan unit pertama akan beroperasi Ogos tahun hadapan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, semua kerja baik pulih yang berpunca dari ganguan suis di laluan…
Berita Domestik
Menurut laporan Free Malaysia Today, RapidKL dalam pengumuman di Twitter memaklumkan tren berhenti…
Berita Domestik
Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL) selaku pengendali perkhidmatan dalam kenyataan hari ini menyebut…