LPT2: Pemilik ternakan degil akan diheret ke mahkamah

oleh SALINA JALIL|
Bermula tahun ini pemilik yang masih berdegil membiarkan haiwan ternakan masing-masing berkeliaran terutama di jalan raya dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan diheret ke mahkamah.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mereka akan didakwa membabitkan kesalahan mengenai kesihatan, keselamatan, kemudahan, kesopanan dan akhlak awam di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan iaitu cuai dalam menguruskan haiwan.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Menurutnya, di bawah seksyen tersebut, individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

 

"Selepas ini, pemilik ternakan yang dikesan masih berdegil membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran akan dicari hingga ke rumah untuk diheret ke muka pengadilan.

 

"Kami terpaksa menggunakan ketegasan kali ini kerana masih ramai tidak serik meskipun sudah dikenakan kompaun dan pelbagai usaha untuk menyedarkan mereka termasuk mengadakan kempen, menampal poster peringatan dan lain-lain masih tidak berhasil.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata langkah itu diambil berikutan berlaku peningkatan kes kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) melibatkan haiwan ternakan sepanjang 2019 iaitu sebanyak 64 kes, berbanding hanya 38 kes pada 2018.

 

“Kami akan kenal pasti pemilik haiwan ternakan melalui nombor siri pendaftaran pada haiwan tersebut daripada Jabatan Veterinar manakala bagi haiwan yang tidak mempunyai nombor siri pendaftaran kami akan kenal pasti melalui risikan pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu tangkapan haiwan ternakan berkeliaran di LPT2, di sini.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Operasi Bersepadu Tangkapan Haiwan Berkeliaran LPT2, Hulu Terengganu di Sempadan Daerah Hulu Terengganu, LPT2 di sini petang semalam.

 

Bagaimanapun, Mohd Adli berkata, sebelum didakwa, pemilik ternakan terlibat akan diarahkan menandatangani bon akujanji untuk mengawal ternakan masing-masing iaitu di bawah Seksyen 68 dan 69 Kanun Prosedur Jenayah.

 

Sementara itu, Mohd Adli turut menjelaskan orang awam yang dikenal pasti sengaja memotong pagar lebuh raya boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat iaitu dengan sengaja merosakkan pagar.

 

Katanya, bagi kesalahan itu, mereka terlibat boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini kerana tegas beliau, kegiatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah meletakkan nyawa…
Berita Domestik
Siasatan mendapati MPV terbabit melanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan telur ayam yang…
Berita Domestik
Helmi Rizal yang berkongsi detik cemas itu bagaimanapun bersyukur kerana mereka terselamat dan reda…