LPT1, KL-Karak kini dibuka kepada semua kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad memaklumkan pembukaan semula laluan bagi kedua-dua arah setelah kerja-kerja pembersihan dan membaikpulih selesai.

Para pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi tanda arah ketika menghampiri laluan kontra di Sungai Dua (KM74.8 sehingga KM77.3).

Namun begitu, pengguna yang ingin ke Pekan Karak perlu membuat pusingan U sebelum Tol Karak, dan keluar di susur keluar menghala ke Karak. Ini kerana laluan KM76 sehingga KM78.8 (Karak) masih lagi ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

Untuk laluan menghala ke Kuala Lumpur, hanya lorong laju akan dibuka di Bentong bermula KM66 sehingga KM70.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi saluran laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak ANIH telah mengumumkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato' Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, pihaknya sudah…
Berita Domestik
  ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur 1  (LPT1) sedang menyiasat video insiden…